Blogger Backgrounds

♥(◕‿◕) ECAH_CHUBBY (◕‿◕)♥

♥(◕‿◕) ECAH_CHUBBY (◕‿◕)♥
WELCOME TO MY BLOG ..
TENKIU SI KACAK DAN SI LAWA COZ SUDI JENGUK-JENGUK DI BLOG CIK ECAH ;)

Sabtu, 6 April 2013

Today Is My Birthday !







Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau pinjamkan padaku. Terima kasih Ya Allah atas segala memori dan kenangan yang yang telah aku lalui. Terima kasih Ya Allah atas segala kasih sayang yang telah Engkau limpahkan padaku. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku kesempatan melihat dunia selama ini. Terima kasih Ya Allah atas segala rahmat yang telah Engkau curahkan pada hambuMu ini... 

Ya Allah terima kasih atas pemberian 2 insan istimewa dalam hidupku.
Ya Allah berkati la mereka Ya Allah. Kau sejahterakanlah keduanya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ahli keluarga yang mengasihi aku. Terima kasih Ya Allah kerana kau sentiasa memberi rakan terbaik kepadaku. Terima kasih Ya Allah atas segala kebaikan yang telah Engkau takdirkan padaku. Sesungguhnya rahmatMU buatku tidak terhitung Ya Allah... 
Ya Allah..Terima kasih atas setiap rezeki yang telah Engkau kurniakan. Terima kasih Ya Allah.. Jarang sekali aku berlapar.. Terima kasih Ya Allah untuk setiap dugaan yang Engkau turunkan akhir-akhir ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui hati ini sudah makin lalai dengan rahmatMU. Terima kasih untuk segala ilmu dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Ya Allah... Terima kasih kerana sering memberi aku jalan di saat aku buntu. Terima kasih kerana memberi aku kedamaian disaat aku berduka.. Terima kasih kerana memberi aku kekuatan di saat aku getir..Terima kasih Ya Allah... 
Ya Rahman..Aku bercita-cita mencari keredhaanMu. Tapi, di saat aku senang aku hanyut dari landasanMu. Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku tersasar. Ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku Ya Allah..Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah... namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang begini aku ingin hatiku bertaut pada taliMu Ya Allah... Aku rindu pada panggilan KaabahMU Ya Allah.. Ingin sekali aku menziarahi makam2 nabi di sana bersama-sama keluargaku.. Ya Allah..Aku ingin sekali mendengar laungan azan di Mekah bergema di telinga ku... Ingin sekali aku memohon doa agar diriku ini suci dari dosa..Aku merindui saat itu Ya Allah... 
Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku Ya Allah... dan jangan lah Engkau memutuskan rahmatMu kepada hambaMu ini..

Khamis, 21 Jun 2012

Panas baran! Banyak rumah tangga runtuh kerana sikap yang satu ini. Ia sering kali dikaitkan dengan lelaki kerana mereka dikatakan tidak mampu menahan sabar dengan setiap ujian.

Namun bagaimana mahu mengenali lelaki sebegini kerana anda mungkin tak dapat menilainya dari wajah. Lelaki panas baran boleh saja berwajah manis berbeza dengan sikap sebenarnya. MW kali ini memberikan tips mengenali lelaki panas baran ini untuk anda.

1. Biarkan dia menunggu

Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak adalah tergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini. Anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar.

Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati dan oleh itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta dia mengajar sesuatu

Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat caranya melayan anak kecil

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.

4. Cemburu atau tidak

Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.

Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.


Selasa, 1 Mei 2012

Assalamualaikum W.B.T   ...........
Wei lokk lamo sungguh ambo x update blog nieyhhh .. Buke gapo sebok retek , Al maklumlah Praktikal loni . Busy la main dgn adik2 kat YOKUK terr ! Tapi xpola my shayunk ! Cik Ecah jenguk2 skmo awop pasni deyh .. Banyak benda aku nk cito kat mung tahu dopp , sedih , gembira , kecewa ado belako . Ada byk masa aku hk terbuang pahni aku godek-II lha mung okayy . LOVE U Lha ! Muaaxxxx .. 
Tadaaaaaaaaa , ni lah hasilnya apabila blog aku mekaokan  kooo.. Hehehehe ....
SUKA TAK SUKA TAK SUKA TAK ? -..-


Demi Cinta Untuk Allah



Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan.
Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta.
Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia.
Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya.
Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat.
Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa.
Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasa-Mu, hulurkan pertolongan-Mu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayah-Mu untuk aku terus di jalan-Mu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepada-Mu.”

Sabtu, 28 April 2012



Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,

Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,

Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,

Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,

Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,

Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu..

-SITINURAISYAHABDULLATIF-

Khamis, 20 Oktober 2011

Intisari Sebuah Kehidupan






Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Khamis, 13 Oktober 2011

Anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya

Assalamualiakum, tajuk entry kali ini merupakan pepatah melayu kita. Anak -anak merupakan harta yang tak ternilai yang Allah anugerahkan, didiklah anak kita dengan sebaik mungkin. Adakah dengan didikan yang baik boleh menjamin anak-anak? Setujuh kah anda jika saya katakan bahawa anak-anak banyak belajar daripada keadaan, pengalaman, dan pesekitaran mereka. saya ingin membawa saudara-saudari untuk sama-sama menghayati tulisan daripada Dato' Dr.Noor Laily dato' Abu Bakar, Institut Pembangunan Keluarga dan kanak-kanak Nury untuk kebaikan bersama:



Contoh yang baik
1) Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
2) jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
3) Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
4) Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
5) Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
6) Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
7) Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitarannya.
8) Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
9) Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
10) Jika anak hidup dengan adab, dia belajar bersopan santun.
11) Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar membina maruah diri.
12) Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
13) Jika anak hidup dengan kesihatan, dia belajar membina jati diri.
14) Jika anak hidup dengan Al-quran, dia beajar mengenali Tuhan.
15) Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
16) Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar apa erti kebenaran. 
17) Jika anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
18) Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat yang memberangsangkan.
19) Jika anak faham Al-Quran dan Doa, dia faham apa itu akhirat.


Contoh yang kurang elok
1) Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
2) Jika anak hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
3) Jika anak hidup dalam kata-kata sumpahan, dia jadi pengecut.
4) Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
5) Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
6) Jika anak hidup dengan hukuman, dia rasa benci dan dendam.
7) Jika anak hidup dengan penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah.
8) Jika anak hidup dengan sumpahan, dia akan mengikut sumpahan itu.
9) Jika anak hidup dengan air mata, dia belajar menyeksa orang.


Kepada ibu bapa, sayangi lah anak-anak kita, permata jantung payung, bersyukur kita kepada Ilahi kerana dikurniakan dengan pemberian yang tak terniai harganya. Mulakan lah dengan perubahan, pembaharuan dalam hidup kita sebagai ibu bapa, mulakanlah dengan senyuman dan akhhiri dengan senyuman, Mulakan hari dengan solat dan akhiri dengan doa.